ad
BERITA UTAMA

Masyarakat digesa waspada ancaman Covid-19, jalani norma baharu

19 Jun 2021, 11:45 AM
Masyarakat digesa waspada ancaman Covid-19, jalani norma baharu
Masyarakat digesa waspada ancaman Covid-19, jalani norma baharu

SHAH ALAM, 19 JUN: Orang ramai khususnya di Subang Jaya diseru terus mempraktikkan amalan norma baharu dalam kehidupan seharian susulan kebimbangan terhadap ancaman Covid-19.

Datuk Bandarnya berkata masyarakat perlu mengelak ke tempat awam dan duduk di rumah jika tiada keperluan mendesak selain mengamalkan budaya kerja pintar ketika melaksanakan tugasan.

"Ancaman Covid-19 adalah nyata dan sangat membimbangkan, malah yang sudah mendapat vaksin sepenuhnya bukan satu jaminan untuk tidak dijangkiti.

[caption id="attachment_476160" align="alignright" width="380"] Datuk Bandar Subang Jaya Noraini Roslan[/caption]

"Semua lapisan masyarakat harus mempunyai kesedaran tinggi dan sama-sama menyumbang kepada usaha melandaikan lekuk jangkitan dengan mengamalkan tatacara operasi piawai (SOP)," kata Noraini Roslan menerusi kenyataan hari ini.

Ketika ini, Noraini sedang menjalani kuarantin kendiri mengikut SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas diuji positif wabak tanpa mengalami sebarang simptom.

Beliau yang lengkap menerima suntikan vaksin mendapat jangkitan daripada suami yang terdedah kepada kes positif di tempat kerja.

"Terima kasih atas doa dan ingatan pelbagai pihak. Hingga ke hari ini, saya masih bertugas serta berhubung dengan pengarah dan pegawai Majlis Bandaraya Subang Jaya dari semasa ke semasa sehingga selesai tempoh kuarantin," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.