ad
AGENDA

MB ucap tahniah siswa Unisel dinobat pelajar akaun terbaik negara

18 Jun 2021, 11:18 AM
MB ucap tahniah siswa Unisel dinobat pelajar akaun terbaik negara

SHAH ALAM, 18 JUN: Dato' Menteri Besar merakamkan ucapan tahniah kepada graduan Universiti Selangor (Unisel) Muhammad Farid Wahid yang dinobat sebagai Pelajar Terbaik Perakaunan 2020.

Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook berharap pelajar tersebut terus cemerlang dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

"Tahniah diucapkan kepada Muhammad Farid Wahid, graduan Unisel yang telah menerima anugerah Pelajar Terbaik Perakaunan 2020 oleh Institut Perakaunan Malaysia (MIA).

"Acara penganugerahan telah dijalankan secara talian sewaktu Persidangan Akauntan Antarabangsa MIA tahun 2021 dari 8 hingga 10 Jun 2021. Teruskan kecemerlangan dan pencapaian!," katanya.

Menerusi kejayaan itu, Muhammad Farid bakal menerima biasiswa pembangunan profesional daripada Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) dan wang tunai RM500.

Beliau yang menamatkan pengajian pada Disember tahun lalu kini bekerja sebagai eksekutif junior di Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.