ad
AGENDA

Kuis jadi pusat pengumpulan program bantuan mahasiswa

16 Jun 2021, 10:11 AM
Kuis jadi pusat pengumpulan program bantuan mahasiswa

SHAH ALAM, 16 JUN: Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) di Bandar Seri Putra, Kajang akan menjadi pusat pengumpulan makanan program bantuan mahasiswa Selangor, satu daripada inisiatif di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Rektornya berkata pihaknya menerima surat daripada Kerajaan Negeri memaklumkan perkara itu yang turut bergantung kelulusan Majlis Keselamatan Negara.

"Pusat Konvensyen Kuis akan dijadikan pusat pengumpulan barang makanan mulai Jumaat ini sekiranya diluluskan MKN.

"Kita sudah bersedia menyediakan kemudahan logistik dan khidmat keselamatan sebelum barangan diagihkan ke institut pengajian tinggi seluruh negara," kata Prof Dato’ Ab Halim Tamuri ketika dihubungi hari ini.

Pada 9 Jun lalu, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM1.5 juta untuk menyediakan barangan makanan dan keperluan asas kepada 7,500 mahasiswa masih berada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Negeri.

Ab Halim berkata pihaknya dalam proses mengumpul permohonan pelajarnya dari keluarga berpendapatan rendah (B40) dan golongan pertengahan (M40) yang layak memohon bantuan berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.