ad
AGENSI

Petugas pusat vaksin, pusat kesihatan daerah terima pek makanan

16 Jun 2021, 7:05 AM
Petugas pusat vaksin, pusat kesihatan daerah terima pek makanan

SHAH ALAM, 16 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyalurkan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan di pusat pemberian vaksin dan pejabat kesihatan daerah.

Agensi berkenaan berkata bantuan disalurkan mulai hari ini membabitkan penerima di PKD Petaling, Klang dan Pelabuhan Klang serta PPV Dewan Sukan Pandamaran dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras).

Sumbangan disampaikan Ketua Zon Daerah Klang dan Kuala Langat, Mohd Hidayat Mohd Suhaimi. Turut hadir, Pengurus Sektor Latihan Asnaf Teras, Muhammad Sayifullah Masiron.

"Masing-masing menerima 100 pek makanan terdiri roti dan air mineral.

"Mais sentiasa komited dengan kebajikan ummah terutama barisan hadapan dalam memutuskan rantaian Covid-19," katanya di Facebook hari ini.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.