ad
AGENDA

Afdlin 'tabik' Kerajaan Selangor prihatin nasib penduduk

16 Jun 2021, 5:05 AM
Afdlin 'tabik' Kerajaan Selangor prihatin nasib penduduk

SHAH ALAM, 16 JUN: Pelakon terkenal Datuk Afdlin Shauki memuji keprihatinan Kerajaan Selangor meringan beban penduduk berdepan pandemik Covid-19.

Afdlin yang juga pengarah berharap inisiatif sama dilakukan kerajaan negeri lain tanpa mengira latar belakang fahaman politik.

"Apa yang dilakukan Selangor sangat tabik hormat. Bantuan merangkumi semua pihak tanpa memilih fahaman politik. Semua diberi sama rata termasuk pihak pembangkang.

“Rakyat Selangor beruntung. Kerajaan Negeri boleh jaga semua dan peka situasi rakyat. Harapan saya Selangor akan jadi contoh,” katanya menerusi siaran langsung di Instagram Media Selangor baru-baru ini.

Rabu lalu Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan Pakej Kita Selangor 2.0 bertemakan Bersama Menuju Kejayaan bagi membantu golongan terkesan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pelan itu memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta penduduk termasuk golongan berpendapatan rendah (B40), pelajar, usahawan kecil, petani dan penggiat pelancongan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.