ad
AGENSI

Usahawan Hijrah lega dapat moratorium sebulan setengah

11 Jun 2021, 5:40 AM
Usahawan Hijrah lega dapat moratorium sebulan setengah
Usahawan Hijrah lega dapat moratorium sebulan setengah
Usahawan Hijrah lega dapat moratorium sebulan setengah

SHAH ALAM, 11 JUN: Pengurusan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) akan menjelajah ke semua Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pelaksanaan moratorium bayaran pinjaman.

Pengarah Eksekutifnya Dato’ Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata pihaknya akan menyegerakan

dasar itu memandangkan majoriti peminjam golongan B40.

“Moratorium dan Pakej Kita Selangor 2.0 secara keseluruhannya bukan hanya memberi kelegaan kepada peminjam kami, bahkan kepada rakyat.

[caption id="attachment_468760" align="alignleft" width="342"] Dato' Seri Mohamad Suparadi Md Noor berucap ketika majlis iftar dan memperkenalkan pengarah eksekutif baharu Hijrah Selangor di Kelab Shah Alam pada 19 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Ini bolehlah kita anggap sebagai salah satu langkah bagi menyuntik ekonomi Selangor,” katanya.

Sementara itu, pengusaha kuih kapit Shafinaz Ainaa Muslim, 36, pula menyambut baik pelaksanaan

berkenaan malah terharu atas keprihatinan Kerajaan Negeri.

“Tempoh PKP ini membuatkan jualan di premis kami jatuh hampir 80 peratus disebabkan tiada

langsung pelancong ke Kuala Selangor.

“Wang yang sepatutnya untuk bayaran pinjaman Hijrah dalam tempoh moratorium sebulan setengah ini dapatlah saya salurkan untuk modal pusingan dan kos pengiklanan pemasaran bagi meningkatkan jualan

dalam talian,” katanya.

Bagi Norashikin Mohamad Amaran, 48, pula moratorium memberi makna besar kepadanya yang mengusahakan perkhidmatan van sekolah dan taska di Shah Alam.

“Sekurang-kurangnya peminjam dapat salurkan wang bayaran Hijrah Selangor untuk keperluan lain yang mendesak.

“Saya sendiri, walaupun terpaksa menjual kuih muih dan makanan sarapan pagi bagi menampung perbelanjaan keluarga dan keperluan lain tetapi masih berasa kesan PKP sebab ramai tak keluar tetap bekerja di rumah sahaja,” katanya.

[caption id="attachment_464194" align="alignright" width="339"] Rosdi Zakaria bersama sebahagian koleksi penyerap hentak disediakan bengkelnya yang bukan sahaja ditagih di Lembah Klang bahkan seluruh negara[/caption]

Pengusaha bengkel, Rosdi Zakaria, 41, pula berpendapat pengumuman berkenaan tepat pada masanya

kerana golongan sepertinya bergelut tekanan kewangan.

“Apabila dapat tahu ada moratorium sebulan setengah atau enam kali bayar ini, sekurang-kurangnya

duit yang sepatutnya untuk bayaran pinjaman saya boleh gunakan buat tambah modal pusingan,” katanya yang beroperasi di Saujana Utama, Kuala Selangor.

Moratorium bayaran pinjaman selama satu setengah bulan kepada 40,000 usahawan Hijrah berikutan aliran tunai perniagaan mereka terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Inisiatif dalam Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan pada 9 Jun bakal memberi impak kewangan berjumlah RM11.35 juta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.