ad
AGENDA

Lebih 200 warga Unisel saring Covid-19, tiada jangkitan

8 Jun 2021, 12:27 AM
Lebih 200 warga Unisel saring Covid-19, tiada jangkitan

SHAH ALAM, 8 JUN: Tiada kes disyaki positif Covid-19 dikesan menerusi saringan terhadap 212 warga Universiti Selangor (Unisel) kampus Bestari Jaya.

Pengarah Komunikasi Korporatnya Hasril Abu Hassan berkata keputusan saringan itu membuktikan amalan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) dapat mengekang perebakan wabak.

"Seramai 180 pelajar melakukan saringan menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) manakala baki dalam kalangan kakitangan universiti.

"Unisel satu-satunya institusi pengajian tinggi mengambil inisiatif menjalankan saringan terhadap semua penuntut yang masih menetap di kampus," katanya kepada SelangorKini semalam.

Hasril berkata Unisel sentiasa memastikan kampus berada di bawah zon selamat untuk meningkatkab keyakinan pelajar dan ibu bapa terhadap institusi pendidikan tersebut.

Program saringan percuma dianjurkan Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP) dengan kerjasama Klinik Selcare serta Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.