ad
AGENDA

Pakar: Nyahkuman kawal jangkitan wabak di kawasan risiko tinggi

7 Jun 2021, 7:38 AM
Pakar: Nyahkuman kawal jangkitan wabak di kawasan risiko tinggi

SHAH ALAM, 7 JUN: Seorang pakar kesihatan awam berpendapat proses nyahcemar bertindak mengawal risiko jangkitan Covid-19, bukan menghentikan terus perebakan wabak.

Prof Madya Dr Rosnah Ismail menjelaskan proses itu mengawal pemindahan virus dari pesakit positif kepada individu lain dengan membersihkan kawasan tercemar.

Pensyarah di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia juga berkata penularan hanya boleh dihentikan apabila negara mencapai imuniti kelompok melalui suntikan vaksin.

"Kajian saintifik menunjukkan seorang dijangkiti membebaskan cecair pernafasan dalam pelbagai bentuk termasuk zarah sangat halus dan titisan air ketika bernafas, bercakap, batuk dan bersin.

"Kalau ketika itu dia berhampiran meja maka virus itu berada di meja, kalau cecair itu kecil ia terapung di udara yang mampu bertahan selama tiga jam...kalau titisan besar pula jatuh di kawasan sekeliling," katanya dalam program Bual Bicara SelangorTV bertajuk 'Sanitasi awam, benarkah satu pembaziran?

Dr Rosnah berkata titisan mengandungi virus yang mencemari kawasan sekeliling boleh menjangkiti individu lain yang menyentuhnya sebelum memasuki ruang pernafasan.

Beliau menambah proses nyahcemar sesuai di kawasan yang merekod jangkitan lebih 10 peratus dalam kalangan komuniti selain pemberitahuan mengenai peningkatan kes Covid-19.

Sementara itu, katanya, sukar menentukan sama ada kerja nyahcemar dianggap satu pembaziran seperti didakwa pakar perubatan dan menegaskan ia harus dilihat dalam pelbagai konteks.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.