ad
AGENDA

Majoriti kes baharu, kematian Covid-19 merupakan kes sporadik

6 Jun 2021, 1:58 PM
Majoriti kes baharu, kematian Covid-19 merupakan kes sporadik

SHAH ALAM, 6 JUN: Jumlah kes baharu dan kematian akibat sporadik Covid-19 kini membimbangkan apabila berlaku peningkatan ketara dalam tempoh 1 April [Minggu Epidemiologi (ME) ke-13] hingga semalam.

Ketua pengarah kesihatan memaklumkan jumlah kumulatif kes dilaporkan pada minggu tersebut iaitu sehingga 3 April adalah sebanyak 8,968 kes dengan 52 peratus daripadanya adalah kes sporadik.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada ME ke-22 iaitu sehingga semalam, jumlah kes dilaporkan adalah 52,040 dengan 84.3 peratus adalah sporadik.

Menerusi kenyataan hari ini, beliau berkata bagi kes kematian akibat Covid-19 pada ME ke-13 iaitu sehingga 3 April sebanyak 26 bagi kategori sama dikesan daripada 35 kematian.

Katanya, lebih membimbangkan angka itu melonjak tinggi dan sehingga semalam iaitu pada ME ke-22 sebanyak 641 kes telah dilaporkan dengan 559 kematian daripadanya adalah sporadik.

"Keadaan ini adalah amat membimbangkan kerana majoriti jangkitan baharu dan kematian Covid-19 adalah merupakan kes sporadik ketika ianya dilaporkan.

"Kes tersebut bermakna jangkitan yang dikesan di dalam komuniti yang tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.