ad
BERITA UTAMA

EXCO: Selangor mampu urus agih vaksin jika bekalan cukup

3 Jun 2021, 2:24 PM
EXCO: Selangor mampu urus agih vaksin jika bekalan cukup

SHAH ALAM, 3 JUN: Selangor mampu mengurus pemberian suntikan dos vaksin Covid-19 kepada penduduk lebih banyak berbanding kadar sedia kala pada masa ini.

Namun, EXCO kesihatan awam berkata pihaknya tidak boleh menggerakkan pusat pemberian vaksin (PPV) ke tahap maksimum berikutan dos yang diterima negeri terhad.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hanya menerima 615,000 bekalan dos vaksin setakat kelmarin (1 Jun) iaitu 434,070 jenis Pfizer BioNTech, Sinovac (146,440) dan AstraZeneca (34,700).

Beliau turut menyangkal laporan portal bertajuk ‘Selangor Received 2.9 Million Covid-19 Vaccine Doses: Mosti’, malah menganggap data Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) “banyak kecelaruan”.

"Oleh itu, saya menggesa supaya pelaksanaan PPV dapat dijalankan secara telus dengan informasi data yang lebih tepat dan terkini," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.