ad
PBT

MPK periksa lebih 2,000 premis dalam operasi cegah Covid-19

3 Jun 2021, 1:13 PM
MPK periksa lebih 2,000 premis dalam operasi cegah Covid-19

SHAH ALAM, 3 JUN: Sebanyak 2,410 premis perniagaan diperiksa Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam usaha pencegahan dan pengawalan Covid-19 sejak Januari hingga Mei.

Yang Dipertua berkata sebanyak 187 notis dan 14 kompaun dikeluarkan termasuk tujuh diarah tutup mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Sebanyak 186 sitaan juga dilaksanakan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk undang-undang kecil MPK," kata Dr Ahmad Fadzly Ahmad Tajuddin menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan turut dijalankan di 109 premis pembuatan dalam tempoh yang sama.

"Daripada jumlah itu, 73 notis serta dua kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis tersebut mengikut akta yang sama," katanya.

MPK juga melaksanakan aktiviti sanitasi awam di lokasi tumpuan sejak Mac tahun lepas, manakala 43 lokasi dijalankan disinfeksi awam sepanjang Mei lalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.