ad
AGENSI

Vaksin ikhtiar warga emas lawan wabak

3 Jun 2021, 9:24 AM
Vaksin ikhtiar warga emas lawan wabak
Vaksin ikhtiar warga emas lawan wabak
Vaksin ikhtiar warga emas lawan wabak

SHAH ALAM, 3 JUN: Beberapa warga emas menggalakkan individu seusia mereka mengambil suntikan vaksin sebagai ikhtiar melawan virus Covid-19 dan usaha itu dianggap selaras tuntutan agama.

Zaiton Mohd Shaharon, 70, berkata Islam menyarankan umatnya berusaha sebelum bertawakal kerana Rasulullah SAW ada menyebut setiap penyakit ada ubatnya.

Beliau juga mengingatkan warga emas supaya tidak terpedaya dengan cakap-cakap kononnya ada herba mampu menyembuhkan Covid-19 tanpa sebarang bukti saintifik.

[caption id="attachment_473919" align="alignleft" width="246"] Zaiton Mohd Shaharon[/caption]

"Kita juga jangan terpengaruh dengan ubat tempatan ataupun herba-herba kononnya dapat sembuhkan Covid-19. Malah, ada antara bahan kandungannya kita tak tahu ada apa.

"Oleh sebab itu jangan takut ambil vaksin, inilah cara untuk kita pulih seperti sediakala," katanya.

Beliau antara penerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca di Pusat Pemberian Vaksin

(PPV), Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) pada 1 Jun.

Zainuddin Omar, 60, dari Shah Alam pula berkata segelintir warga emas mudah terpedaya dengan dakyah

palsu ekoran majoriti tidak menyemak kesahihan maklumat.

"Kami dapat maklumat tidak sahih, biasanya dari WhatsApp. Kebanyakannya tidak semak tetapi disebar kepada orang lain. Sebab itu berlakunya salah faham mengenai vaksin.

[caption id="attachment_473918" align="alignright" width="217"] Michael Raj[/caption]

"Hakikatnya berita sebenar mengenai kebaikan vaksin banyak terpapar di media rasmi seperti akhbar dan televisyen," kata pesara jurutera.

Sementara itu, Michael Raj, 62, dari Ara Damansara, Petaling Jaya menyarankan warga emas tidak berlengah untuk menerima suntikan tanpa mengira jenis vaksin.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.