ad
AGENDA

Hanya joging dan senaman dibenar hingga 8 malam

30 Mei 2021, 9:56 AM
Hanya joging dan senaman dibenar hingga 8 malam

SHAH ALAM, 30 MEI: Hanya joging dan bersenam sehingga jam 8 malam dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Selasa ini.

Menteri kanan (keselamatan) berkata aktiviti sukan dan rekreasi itu mestilah dilakukan di kawasan terbuka tanpa sentuhan fizikal.

"Terhad kepada joging dan senaman sahaja dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya dua hingga tiga meter.

"Dan dilakukan di kawasan kejiranan tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media khas hari ini.

Kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi menerusi PKP fasa pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula Selasa hingga 14 Jun ini.

Menerusi langkah itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.