ad
AGENDA

Saringan Komuniti didik masyarakat bahaya Covid-19

25 Mei 2021, 3:53 AM
Saringan Komuniti didik masyarakat bahaya Covid-19

SHAH ALAM, 25 MEI: Saringan Komuniti anjuran Kerajaan Selangor bertujuan mendidik rakyat supaya tidak berasa gusar dengan peningkatan kes positif Covid-19.

Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata tindakan itu supaya masyarakat mendapat pendedahan akan bahaya wabak terutama wujudnya jangkitan tidak bergejala ketika ini.

"Saringan, pengesanan kontak dan pengasingan dijalankan sebagai memenuhi langkah proaktif akan dilaksana bagi mengetahui individu positif pada peringkat awal serta menyekat risiko penularan lebih besar.

"Selain itu ia juga mengenal pasti lokaliti merah yang berisiko," kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi 'Anda Tanya, Dr Dzul Jawab' di Facebook semalam.

Seramai 29,239 individu menyertai Saringan Komuniti Covid-19 anjuran Kerajaan Selangor sejak 8 Mei lalu sehingga kelmarin.

Dato’ Menteri Besar berkata daripada jumlah direkodkan hingga Sabtu lalu, sebanyak 1,494 kes positif.

Dato' Seri Amirudin Shari menggalakkan rakyat menyertai saringan dengan mendaftar di https://screening.selangkah.my/login atau gunakan SELangkah (aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.