ad
AGENSI

Covid-19: Enam daerah catat kes tiga angka

25 Mei 2021, 1:30 AM
Covid-19: Enam daerah catat kes tiga angka

SHAH ALAM, 25 MEI: Enam daerah di Selangor catat tiga angka kes jangkitan Covid-19 semalam dengan Petaling menjadi daerah paling tinggi.

Mengikut perkongsian data Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sebanyak 712 kes dikesan di daerah itu dengan mukim tertinggi di Petaling dengan 269 kes diikuti Damansara (216), Sungai Buloh (162) dan Bukit Raja (65).

Daerah kedua tertinggi di Selangor adalah Hulu Langat dengan 509 kes diikuti Klang (227), Gombak (204), Sepang (122) dan Kuala Langat (103).

Mengikut data itu lagi, tiga daerah mencatat dua angka iaitu Kuala Selangor dengan 77 kes diikuti Hulu Selangor (74) dan Sabak Bernam (21).

Secara keseluruhan Selangor merekod 2,049 kes semalam dengan 2,024 jangkitan dalam komuniti dan 25 lagi kes di dalam penjara/lokap.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.