ad
AGENDA

Covid-19: 6,320 kes baharu, orang ramai digesa amal PKP kendiri

22 Mei 2021, 9:50 AM
Covid-19: 6,320 kes baharu, orang ramai digesa amal PKP kendiri
Covid-19: 6,320 kes baharu, orang ramai digesa amal PKP kendiri

SHAH ALAM, 22 MEI: Malaysia catat 6,320 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 505, 115.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu 6,317 membabitkan jangkitan tempatan manakala bakinya adalah kes import.

"Seramai 4,694 individu sembuh dan dibenarkan keluar wad hari ini. Jumlah kematian akibat wabak ialah 50," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, seramai 652 pesakit Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 370 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

"Orang ramai digesa amalkan PKP kendiri, duduk di rumah jika tiada urusan di luar," katanya.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.