ad
AGENDA

Pejabat Peguam Negara putuskan Neelofa tidak dituduh rentas negeri

21 Mei 2021, 10:43 AM
Pejabat Peguam Negara putuskan Neelofa tidak dituduh rentas negeri

SHAH ALAM, 21 MEI: Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak membuat pertuduhan rentas negeri terhadap pasangan selebriti Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail.

Ketua polis daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata keputusan tersebut dibuat selepas pejabat berkenaan membuat penelitian, lapor Berita Harian.

"Isu rentas negeri membabitkan Neelofa dan suaminya tidak dibawa ke mahkamah selepas mengambil kira kajian dilakukan Pejabat Peguam Negara.

"Kajian dan keputusan itu telah dibuat terlebih dulu berdasarkan keterangan yang ada," kata beliau.

Semalam, mereka dituduh di Mahkamah Majistret Seremban kerana tidak mematuhi tatacara operasi piawaian (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Mereka didakwa tidak mengimbas aplikasi MySejahtera di kedai permaidani dikunjungi mereka di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Neelofa juga menghadapi tuduhan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.