ad
AGENDA

Badan bertindak siasat dakwaan vaksin tidak cukup dos

21 Mei 2021, 12:07 AM
Badan bertindak siasat dakwaan vaksin tidak cukup dos

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sedang menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan kes pemberian vaksin AstraZeneca kurang daripada dos yang sepatutnya, iaitu kurang daripada 0.5 mililitet (mL).

CITF dalam satu kenyataan memaklumkan insiden berkenaan didakwa berlaku di Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPV AZ) World Trade Centre Kuala Lumpur kelmarin.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua penerima vaksin yang terlibat dalam insiden itu telah dikenal pasti.

"CITF tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada mereka yang tidak memenuhi mutu yang kami tetapkan atau melanggar sebarang peraturan," katanya.

CITF turut menegaskan, pihaknya sentiasa mementingkan mutu perkhidmatan semua pakar perubatan yang terlibat di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan , termasuklah pakar perubatan swasta yang diuruskan oleh ProtectHealth Corporation Sdn Bhd yang terlibat dengan program imunisasi itu.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.