ad
AGENDA

Mantan ADN Kajang meninggal dunia, MB ucap takziah

11 Mei 2021, 6:28 AM
Mantan ADN Kajang meninggal dunia, MB ucap takziah

SHAH ALAM, 11 MEI: Bekas Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Lee Kim Sin meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Hospital Serdang.

Perkara tersebut dimaklumkan anaknya Lee Teng menerusi Facebook mendiang.

"Untuk makluman semua, ayah saya mengalami serangan jantung dan meninggal dunia pagi ini - Lee Teng," tulisnya di laman sosial itu.

Sementara itu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Twitter mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat handai mendiang.

"Menerima perkhabaran dukacita mantan ADN Kajang saudara Lee Kim Sin atau dikenali sebagai Cikgu Lee telah menghembuskan nafas terakhir.

"Takziah diucapkan kepada ahli keluarga serta sahabat mendiang. Mendiang merupakan ADN Kajang dari tahun 2008 ke 2013," tulisnya.

Kim Sin, 66, dipilih sebagai wakil rakyat Kajang selama satu penggal selepas menewaskan calon MCA Datin Paduka Low Lee Leng pada 2008.

Beliau yang berasal dari Merbok, Kedah, terkenal sebagai Tokoh Budaya dan Warisan Kajang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.