ad
PBT

MPSepang sumbang duit raya, makanan kepada penghuni rumah kebajikan

10 Mei 2021, 4:47 AM
MPSepang sumbang duit raya, makanan kepada penghuni rumah kebajikan

SHAH ALAM, 9 MEI: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menyumbang duit raya dan juadah berbuka puasa kepada 200 penghuni di empat rumah kebajikan sekitar daerah itu sebagai tanda prihatin.

Penerima terdiri daripada anak yatim dan warga emas yang menghuni di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah, Pusat Jagaan Mesra As-Salam, Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas serta Pertubuhan Kebajikan dan Bimbangan At-Taqwa.

Yang Dipertuanya Dato' Abd Hamid Hussain berkata sumbangan itu bagi memberi peluang kepada golongan terbabit merasai suasana Ramadan dan Syawal.

"Anak yatim dan warga emas perlu disantuni dalam bulan yang mulia ini memandangkan ada dalam kalangan mereka memiliki keluarga tetapi diabaikan begitu sahaja.

"Diharapkan bantuan sebegini mampu memberi keceriaan kepada mereka untuk meraikan lebaran yang bakal tiba," katanya kepada SelangorKini.

Menurutnya, meskipun negara dilanda pandemik Covid-19 namun program kemasyarakatan tidak pernah terhenti berikutan ramai individu yang memerlukan bantuan seperti itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.