ad
AGENDA

PKP 2.0 tidak gagal - Dr Noor Hisham

8 Mei 2021, 12:28 PM
PKP 2.0 tidak gagal - Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 8 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan secara berfasa di beberapa negeri bermula 13 Januari lalu tidak gagal.

Sebaliknya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes Covid-19 boleh mencecah 10,000 sehari jika perintah tersebut tidak dikuatkuasakan.

"KKM jangka kes menurun pada Mei, namun selepas kelonggaran kepada banyak sektor ekonomi dan sosial serta kelesuan pandemik, kes kembali meningkat. Awal Mei, kes kembali 3,000 sehari," katanya menerusi sidang media hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kebanyakan kes ketika ini adalah sporadik dalam komuniti tanpa mengetahui punca jangkitan dan jumlah kes lebih tinggi berbanding kluster.

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan terdapat 14 kluster rentas negeri yang aktif ketika ini.

"Ada kluster ini dijangkiti varian Afrika Selatan B1351 (dan) kerana itu rentas negeri masih tidak dibenarkan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.