ad
AGENSI

Saringan Covid-19 percuma di Semenyih, Kajang Sabtu ini

6 Mei 2021, 9:41 AM
Saringan Covid-19 percuma di Semenyih, Kajang Sabtu ini
Saringan Covid-19 percuma di Semenyih, Kajang Sabtu ini
Saringan Covid-19 percuma di Semenyih, Kajang Sabtu ini

SHAH ALAM, 6 MEI: Penduduk sekitar Semenyih dan Kajang digalak menjalani saringan Covid-19 secara percuma Sabtu ini bagi mengekang penularan wabak.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan program saringan komuniti diadakan di Dewan Orang Ramai Bandar Rinching dan Dewan Cempaka Saujana Impian bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

"Bagi tujuan pendaftaran, orang ramai boleh memuat turun aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), klik butang sihat dan menggunakan fungsi saringan atau daftar di screening.selangkah.my," katanya menerusi Facebook.

Kerajaan Negeri menjalankan program pengawasan tersebut secara aktif di seluruh negeri mulai 8 Mei hingga 10 Jun.

Dato' Menteri Besar berkata inisiatif itu memanfaatkan rakyat Selangor yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Dato' Seri Amirudin Shari berharap penduduk mengambil langkah proaktif dengan menjalani saringan mengikut tarikh dan memainkan peranan mengurangkan wabak di Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.