AGENSI

Seorang maut, tiga cedera apabila dua tangki minyak mentah terbakar

1 Mei 2021, 12:30 PM
Seorang maut, tiga cedera apabila dua tangki minyak mentah terbakar

SHAH ALAM, 1 MEI: Seorang lelaki warga Indonesia maut manakala tiga lagi cedera ringan apabila dua tangki minyak mentah terbakar di kilang Emery Oleo Chemical di Kawasan Industri Telok Panglima Garang hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.36 petang.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang, Banting dan Andalas bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa maut ketika melakukan kerja kimpalan dan akibat letupan, beliau terjatuh dari aras tinggi lebih kurang 10 meter,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Salleh manakala rakan senegaranya yang cedera ialah Mohamad Farid serta penduduk tempatan iaitu Mohammad Faizal Ebbah, 38, dan Mad Nasir, 40, kedua-duanya berasal dari Sabah.

Katanya mengikut laporan, kebakaran itu menyaksikan dua tangki minyak mentah terbakar sebanyak 50 peratus dan terletak di kawasan kilang berkeluasan 100x100 kaki persegi.

Norazam berkata pemadaman api selesai sepenuhnya pada 6.45 petang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.