AGENSI

Selangor sedia pelbagai inisiatif, hargai peranan lebih 3 juta pekerja

1 Mei 2021, 7:57 AM
Selangor sedia pelbagai inisiatif, hargai peranan lebih 3 juta pekerja

SHAH ALAM, 1 MEI: Pelbagai inisiatif digerakkan bagi membela kebajikan 3.5 juta pekerja di negeri ini terutama selepas penularan wabak Covid-19, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata golongan pekerja dianggap sebagai tulang belakang pembangunan negeri dan harus diutamakan bagi memastikan keseimbangan antara kehidupan dan ekonomi.

"Sebab itu Kerajaan Negeri laksanakan program Mengelak Penularan di Tempat Kawasan Panas (POIS) demi membolehkan industri dan ekonomi dapat berjalan, namun dapat mengelakkan tercetus kluster tempat kerja.

"Kita turut lancarkan pakej rangsangan ekonomi Selangor Prihatin 1, 2 dan 3 serta Pakej Kita Selangor bagi melegakan beban ekonomi ditanggung mereka selepas pandemik," katanya menerusi Facebook sempena sambutan Hari Pekerja hari ini.

Jelas Amirudin, pihaknya turut memfokuskan aspek pengupayaan modal insan bagi memberi nilai tambah kepada pekerja terutama dalam melengkapi landskap Revolusi Perindustrian 4.0.

"Penglibatan dan peranan pekerja sektor pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, kesihatan dan sebagainya cukup besar. Selamat Hari Pekerja, terima kasih atas jasa dan perkhidmatan anda semua," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.