ad
AGENDA

PIBG disaran bantu sekolah urus pelajar ketika pandemik

30 Apr 2021, 2:50 PM
PIBG disaran bantu sekolah urus pelajar ketika pandemik

SHAH ALAM, 30 APRIL: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) disaran berbincang mengenai garis panduan lebih ketat bagi membantu sekolah mengurus pelajar ketika pandemik Covid-19.

EXCO kesihatan awam berkata persatuan perlu memainkan peranan dengan sekolah bagi memastikan institusi pendidikan itu berada dalam keadaan selamat.

"Saya lihat ramai yang bergantung kepada kerajaan untuk menentukan segalanya, ada masa sepatutnya PIBG perlu bersama melihat apa yang mereka boleh bantu pihak sekolah.

“Pihak sekolah perlu mengajar tapi dalam masa yang sama perlu mengawal situasi... PIBG perlu bantu pihak sekolah jika mahu anak-anak balik ke sekolah dengan cepat,” kata Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau berkata demikian menerusi program 'Covid-19 di Selangor: Tanya Apa Saja' secara langsung di Facebook hari ini.

Tambahnya, ada ibu bapa yang masih tidak faham dengan menghantar anak ke sekolah walaupun terdapat kalangan ahli keluarga positif Covid-19.

“Guru-guru terbeban dengan perlu mengajar tetapi dalam masa yang sama perlu mengawal situasi serta tatacara operasi piawai (SOP)," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.