ad
PBT

MPS serah bantuan Ramadan kepada 135 ibu tunggal

26 Apr 2021, 11:40 AM
MPS serah bantuan Ramadan kepada 135 ibu tunggal

SHAH ALAM, 26 APRIL: Seramai 135 ibu tunggal dari sembilan pangsapuri kos rendah di Selayang menerima sumbangan sempena Ramadan.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkata Program Ihya Ramadan peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mensasarkan mereka yang terkesan akibat wabak Covid-19.

"Kesemua penerima yang dipilih dari 10 pangsapuri kos rendah di kawasan pentadbiran MPS menerima sumbangan berupa barangan keperluan makanan dan juga duit raya," katanya menerusi Facebook hari ini.

PBT berkata program berkenaan merupakan lanjutan daripada lawatan Yang Dipertuanya Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor ke Pangsapuri Julia Bandar Baru Selayang sebelum ini.

Katanya, aktiviti itu mendapat kerjasama dari ahli majlis MPS dan tiga ahli majlis zon, selain Jabatan Perpaduan Dan Intergrasi Nasional Gombak dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.