ad
ADN

PKPD Sains Banting: Wakil rakyat sumbang 1,000 botol air mineral

26 Apr 2021, 3:35 AM
PKPD Sains Banting: Wakil rakyat sumbang 1,000 botol air mineral

SHAH ALAM, 26 APRIL: Ahli Dewan Negeri Morib menyumbang 1,000 botol mineral kepada warga Sekolah Menengah Sains Banting, Kuala Langat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Wakil rakyat, Hasnul Baharuddin berkata sumbangan diserahkan semalam bagi memenuhi keperluan mereka.

"Saya dimaklumkan mereka memerlukan air. Jadi saya sediakan air mineral bersaiz besar dan berharap ia membantu warga sekolah ini.

"Keperluan mereka akan dipantau dari semasa ke semasa supaya PKPD berjalan lancar. Bantuan untuk petugas juga akan diberi perhatian," katanya kepada SelangorKini hari ini.

PKPD SM Sains Banting dikuat kuasa Sabtu lalu hingga 7 Mei depan membabitkan 966 individu termasuk pelajar, guru dan kakitangan sekolah.

Arahan PKPD dikeluarkan selepas 71 pelajar sekolah itu disahkan positif Covid-19 daripada 473 saringan dilakukan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.