ad
AGENDA

Operasi bazar Aidilfitri dibuka sehingga 2 pagi

23 Apr 2021, 9:59 AM
Operasi bazar Aidilfitri dibuka sehingga 2 pagi

SHAH ALAM, 23 APRIL: Kerajaan membenarkan operasi bazar Aidilfitri tahun ini dilanjutkan sehingga 2 pagi bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas peniaga merungut waktu operasi hingga 12 malam terlalu pendek.

"Kami dimaklumkan Ramadan ini, pengunjung bazar Aidilfitri mula keluar selepas Isyak, iaitu selepas menunaikan solat terawih.

"Jadi waktu perniagaan mereka terlalu pendek dan memohon supaya dilanjutkan," katanya pada sidang media hari ini.

Mengenai tatacara operasi piawai (SOP) sambutan Aidilfitri, beliau berkata ia sedang diperhalusi dan akan diumumkan minggu depan setelah mendengar pembentangan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) termasuk solat sunat Aidilfitri, ziarah kubur dan takbir raya dari rumah ke rumah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.