ad
AGENDA

Imam, nazir masjid dapat bantuan khas kewangan RM500

23 Apr 2021, 4:03 AM
Imam, nazir masjid dapat bantuan khas kewangan RM500
Imam, nazir masjid dapat bantuan khas kewangan RM500

SHAH ALAM, 23 APRIL: Semua petugas masjid di negeri ini menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM500.

Dato’ Menteri Besar berkata bantuan membabitkan nazir, imam, siak dan bilal turut diberikan kepada Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.

"Kerajaan Negeri sentiasa mementingkan kebajikan petugas masjid yang memikul tanggungjawab penting terutama pada Ramadan," menurut Dato’ Seri Amiruddin Shari di Facebook.

Beliau berkata bantuan khas berkenaan akan disumbangkan menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) anak syarikat Kerajaan Negeri.

Pagi tadi, Amirudin disertai pemimpin Kerajaan Negeri menghadiri Majlis Mahabbah Ramadan Bersama Penjawat Awam di Dewan Jubli Perak di sini.

Pada majlis tersebut, beliau mengumumkan BKK setengah bulan gaji kepada kakitangan awam negeri ini dengan jumlah keseluruhan melebihi RM22 juta.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.