ad
AGENDA

Selangor laksana saringan bersasar dalam tempoh terdekat

22 Apr 2021, 3:26 PM
Selangor laksana saringan bersasar dalam tempoh terdekat
Selangor laksana saringan bersasar dalam tempoh terdekat

KAJANG, 22 APRIL: Selangor akan melaksanakan saringan bersasar Covid-19 di kawasan panas dalam tempoh terdekat, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata usaha itu bagi mengelak perebakan wabak menjadi lebih parah menjelang sambutan Aidilfitri atau tercetus gelombang keempat.

"Saya baru adakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, kita lahirkan kembimbangan mengenai kluster sekolah atau pusat pendidikan.

[caption id="attachment_469074" align="aligncenter" width="711"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari menyerahkan pek makanan kepada peniaga bazar Ramadan selepas merasmikan Laman Niaga Komuniti MPKj di Bandar Baru Bangi, Kajang pada 22 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Kita sedang kumpul data guru, pelajar dan ibu bapa terlibat, Insya-Allah sehari dua lagi dapat maklumat penuh, kemudian kita jejak mereka," katanya selepas merasmikan Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi hari ini.

Sebelum ini, Selangor mengumumkan penutupan 19 sekolah selama tujuh hari mulai Isnin lepas bagi mengekang perebakan Covid-19.

Tindakan itu merupakan cadangan Kerajaan Selangor kepada Kementerian Pendidikan berikutan peningkatan kes melibatkan warga sekolah.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.