ad
BERITA UTAMA

MBSA tempatkan 200 anggota pantau SOP bazar Ramadan

21 Apr 2021, 1:46 AM
MBSA tempatkan 200 anggota pantau SOP bazar Ramadan

SHAH ALAM, 21 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menempatkan 200 anggota penguat kuasa di 51 bazar Ramadan bagi memastikan tatacara operasi piawai (SOP) dipatuhi.

Pemangku Datuk Bandar berkata anggota melibatkan kakitangan Jabatan Pelesenan, Kesihatan Persekitaran dan Sisa Pepejal selain dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Anggota akan memastikan pengunjung ikut ketetapan seperti tidak membawa kanak-kanak bawah 12 tahun. Kita minta semua pihak agar patuh.

"Gunakan peluang yang diberikan sebaik mungkin dan MBSA berusaha memudahkan segala urusan bazar,” kata Mohd Rashidi Ruslan ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Hotel Concorde semalam.

Beliau menambah semua bazar termasuk 21 kendalian pihak swasta turut mengehadkan jumlah pengunjung mengikut keluasan lokasi.

“Kita ambil nisbah satu gerai tiga pengunjung. Jadi jika ada 100 tapak gerai, hanya 300 pengunjung dibenarkan dalam satu-satu masa,” katanya.

Bermula semalam, Kerajaan Selangor menyelaras semula penguatkuasaan SOP seluruh bazar Ramadan dan Aidifitri bagi mengelakkan kluster baharu serta gelombang keempat Covid-19.

Ketetapan baharu antaranya melibatkan laluan sehala, pelaksanaan sistem bernombor, mengehadkan bilangan pengunjung dan kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.