ad
ADN

Hospital Selgate Rawang dijangka siap Mac tahun depan

20 Apr 2021, 7:04 AM
Hospital Selgate Rawang dijangka siap Mac tahun depan

SHAH ALAM, 20 APRIL: Proses pembinaan Hospital Selgate Rawang telah mencecah 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac tahun depan, kata Chua Wei Kiat.

Ahli Dewan Negeri Rawang berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bersetuju untuk menambah jumlah tingkat daripada lapan kepada 10 dengan tambahan peruntukan RM40 juta.

"Selain itu, jumlah katil juga bertambah kepada 230 berbanding rancangan asal hanya 95 buah," katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata hospital itu dijangka mencipta 500 peluang pekerjaan termasuk 100 kekosongan jawatan doktor.

"Ketika pertemuan dengan Selgate, saya dimaklumkan harga bagi perkhidmatan hospital di sini (Rawang) dianggarkan antara 20 hingga 25 peratus lebih murah berbanding hospital swasta lain," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.