ad
AGENSI

Semua cawangan Zakat Selangor dibuka setiap hari sepanjang Ramadan

18 Apr 2021, 2:30 AM
Semua cawangan Zakat Selangor dibuka setiap hari sepanjang Ramadan
Semua cawangan Zakat Selangor dibuka setiap hari sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 18 APRIL: Cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dibuka setiap hari sepanjang Ramadan bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat harta dan fitrah.

Agensi berkata semua cawangan dibuka mulai jam 9 pagi hingga 3.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat, manakala pada Sabtu, Ahad dan cuti umum ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 3 petang.

"Bagi operasi di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Shah Alam bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang dan hanya ditutup pada cuti umum.

"Demi keselamatan bersama, kami menyeru agar kita dapat mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) yang digariskan ketika berurusan di cawangan kami," katanya di Facebook.

LZS juga memaklumkan bayaran zakat juga boleh dibuat secara dalam talian di EZakatpay: http://fpx.zakatselangor.com.my serta menerusi aplikasi e-dompet Touch n Go dan juga Jompay.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.