ad
BERITA UTAMA

Had 150 pengunjung bolehkan jarak sosial di bazar Ramadan

17 Apr 2021, 12:45 AM
Had 150 pengunjung bolehkan jarak sosial di bazar Ramadan

SHAH ALAM, 16 APRIL: Hanya 150 pengunjung bazar Ramadan dibenarkan berada dalam kawasan terbabit dalam satu-satu masa, kata EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata langkah itu bagi membolehkan penjarakan sosial susulan dakwaan ada bazar gagal mengawal tatacara operasi piawai (SOP).

"Semoga kita sentiasa menjaga SOP agar peniaga dapat menjalankan jualan seperti biasa.

"Di samping merancakkan ekonomi setempat kita juga dapat menjalani aktiviti membeli belah seperti biasa," katanya.

Ahli Dewan Negeri Seri Serdang turut meluangkan masa melawat bazar Ramadan di kawasannya bersama penguat kuasa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan penyelia Pusat Wanita Berdaya.

Siti Mariah memuji tindakan MBSJ melaksanakan sistem kad yang menghadkan 150 pengunjung masuk ke bazar tersebut.

"Insya-Allah jika sistem ini dikekalkan operasi bazar Ramadan boleh diteruskan dan pada masa sama orang ramai kekal mematuhi SOP," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.