ad
BERITA UTAMA

Bazar Ramadan lancar, PBT nilai kepatuhan SOP

16 Apr 2021, 12:32 AM
Bazar Ramadan lancar, PBT nilai kepatuhan SOP

SHAH ALAM, 16 APRIL: Operasi bazar Ramadan negeri ini yang bermula Selasa lalu berjalan lancar serta terkawal.

EXCO kerajaan tempatan berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan kawalan ketat sepanjang masa bagi memastikan tatacara operasi piawai (SOP) dipatuhi.

“Kita memantau dan menilai keadaan dua hari bazar beroperasi. PBT terlibat dengan bazar yang dikunjungi ramai akan melakukan formula baharu supaya SOP dipatuhi.

“Langkah ini perlu supaya operasi bazar terus berjalan tetapi dalam masa sama dapat mengelak timbulnya 'kluster bazar',” kata Ng Sze Han kepada SelangorKini.

Rabu lalu Dato’ Menteri Besar memaklumkan tindakan membatalkan operasi bazar jika orang ramai gagal mematuhi SOP.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peringatan itu susulan kembimbangan tercetus penularan Covid-19 jika bersikap sambil lewa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.