ad
BERITA UTAMA

Diberi kuasa keluar kompaun, Kerajaan Negeri sedia beri kerjasama

15 Apr 2021, 1:10 PM
Diberi kuasa keluar kompaun, Kerajaan Negeri sedia beri kerjasama

SHAH ALAM, 15 APRIL: Kerajaan Negeri akan memberi kerjasama penuh selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan kompaun bagi ketidakpatuhan tatacara operasi piawai (SOP) di bazar Ramadan.

EXCO kerajaan tempatan berkata usaha itu bagi membantu negara mencegah gelombang Covid-19 yang baharu serta melandaikan lengkuk penularan wabak di negeri ini.

"Semua PBT di Selangor turut diarahkan supaya sentiasa melakukan pemantauan dan pengawalan ketat di tapak bazar Ramadan bagi memastikan pematuhan terhadap SOP," kata Ng Sze Han dalam kenyataan.

Datuk bandar, yang dipertua dan pegawai penguat kuasa PBT Gred 19 ke atas diberikan kuasa mengeluarkan kompaun terhadap individu ingkar SOP di bazar Ramadan mulai semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kuasa yang diberikan itu bertujuan supaya PBT dapat mengambil tindakan secara terus atas ketidakpatuhan SOP yang berlaku serta kesalahan lain mengikut Akta 342.

Katanya, MKN menerima aduan orang ramai mengenai ketidakpatuhan SOP di beberapa bazar Ramadan di seluruh negara dan perkara itu dipandang serius kerana penularan Covid-19 masih di tahap membimbangkan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.