ad
BERITA UTAMA

MB: RM470,000 diperuntuk baik pulih rumah dilanda ribut di Sepang

15 Apr 2021, 7:22 AM
MB: RM470,000 diperuntuk baik pulih rumah dilanda ribut di Sepang

SHAH ALAM, 15 APRIL: Sebanyak RM470,000 diperuntuk untuk baik pulih 46 rumah yang rosak dilanda ribut di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) pada 6 Mac lalu.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata kos itu dibiayai Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).

"Kerja pemulihan rumah yang mengalami kerosakan akibat bencana ribut di Bandar Baru Salak Tinggi.

"Sebanyak 46 rumah akan dibaiki dengan kos menelan belanja RM 470,000 dibiayai oleh Kerajaan Negeri melalui MBI," katanya menerusi Facebook.

Pada 6 Mac lalu, lebih 100 rumah sekitar BBST dan Pekan Salak rosak selepas dilanda ribut akibat hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 5 petang.

Difahamkan, kejadian itu pertama kali berlaku melibatkan taman perumahan di BBST selain disifatkan sebagai terburuk.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor turut menyalurkan bantuan awal sebanyak RM500 kepada setiap 120 keluarga mangsa ribut tersebut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.