ad
AGENDA

Kilang cat terbakar: LUAS pantas bertindak elak Sungai Semenyih tercemar

13 Apr 2021, 6:00 AM
Kilang cat terbakar: LUAS pantas bertindak elak Sungai Semenyih tercemar
Kilang cat terbakar: LUAS pantas bertindak elak Sungai Semenyih tercemar

SHAH ALAM, 13 APRIL: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pantas bertindak menghalang pencemaran sumber air susulan Sungai Batang Benar dicemari air berwarna putih akibat kebakaran kilang cat di Nilai 3 semalam.

EXCO alam sekitar berkata pihaknya menerima laporan sungai di Negeri Sembilan itu tercemar dan siasatan awal mendapati jarak insiden ke muka sauk Jenderam Hilir, Sungai Semenyih ialah 13.7 kilometer.

"LUAS mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan secara menyeluruh di kawasan terlibat yang berisiko menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.

"Ujian pensampelan bau dilaksanakan di tiga lokasi berbeza di Sungai Pajam, Sungai Beranang dan Sungai Semenyih mencatatkan kadar bau sifar ton," kata Hee Loy Sian dalam kenyataan hari ini.

[caption id="attachment_467983" align="alignleft" width="436"] Kilang cat di kawasan perindustrian Nilai 3 musnah 70 peratus dalam kebakaran pada 12 April 2021. Foto LUAS[/caption]

Beliau menjelaskan LUAS juga meletakkan 10 beg serbuk karbon teraktif di Sungai Batang Benar untuk mencegah pencemaran bau dalam air mentah.

"Tindakan pantas kawalan di tapak berjaya mengelakkan henti tugas LRA Sungai Semenyih dan tiada berlaku gangguan bekalan air kepada pengguna," katanya.

Sebuah kilang cat di kawasan perindustrian Nilai 3 dilaporkan musnah 70 peratus dalam kebakaran petang semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Abd Rahman Ali berkata 64 anggota digerakkan daripada lima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Nilai, Mantin, Seremban, Seremban 2, Port Dickson.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.