ad
AGENDA

Sultan nasihat jaga SOP ketika solat tarawih

12 Apr 2021, 3:12 PM
Sultan nasihat jaga SOP ketika solat tarawih

SHAH ALAM, 12 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menasihati umat Islam negeri ini menjaga tatacara operasi piawai (SOP) ketika solat tarawih.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah langkah itu bagi mencegah penularan Covid-19 sekali gus mengelak peningkatan jumlah kematian berikutan wabak.

Kenyataan baginda disiarkan melalui Facebook Selangor Royal Office malam ini.

"Baginda berharap semua pihak tetap waspada dan tidak lalai dalam mengamalkan norma-norma baharu ketika menjalani rutin di bulan Ramadan.

"Baginda sentiasa mendoakan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri terus berkekalan," kata kenyataan itu.

Sultan Selangor juga mengingatkan umat Islam untuk menginsafi dan bermuhasabah bagi menjadi hamba beriman serta muslim yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Baginda bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut menzahirkan ucapan Ramadan kepada rakyat negeri ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.