ad
AGENDA

PKPB Selangor dilanjut hingga 28 April

12 Apr 2021, 10:05 AM
PKPB Selangor dilanjut hingga 28 April
PKPB Selangor dilanjut hingga 28 April

SHAH ALAM, 12 APRIL: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor yang dijadual berakhir pada Rabu dilanjutkan sehingga 28 April.

Menteri Kanan (Keselamatan) berkata arahan sama turut dikuat kuasa di Johor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

"PKPB Sarawak pula berkuat kuasa pada 13 hingga 26 April," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.

Tambahnya, pergerakan rentas negeri antara kawasan PKPB juga masih dilarang.

Sementara itu, PKP Pemulihan di Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan dilanjutkan sehingga 28 April.

[caption id="attachment_467891" align="aligncenter" width="500"] Grafik Twitter Majlis Keselamatan Negara[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.