ad
AGENSI

21 cawangan LZS beroperasi sepanjang Ramadan

12 Apr 2021, 8:40 AM
21 cawangan LZS beroperasi sepanjang Ramadan
21 cawangan LZS beroperasi sepanjang Ramadan

PUCHONG, 12 APRIL: Sebanyak 21 daripada 25 cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) beroperasi sepanjang Ramadan bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah dan harta.

Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf berkata 20 cawangan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 3.30 petang (hari biasa) manakala 9 pagi hingga 3 petang (hujung minggu dan cuti umum).

[caption id="attachment_467880" align="alignleft" width="431"] Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Abdul Basith Hamid ditemui pada Program Bantuan Ramadan dan Aidilfitri di Dewan Serbaguna MPSJ, Puchong pada 12 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Abdul Basith Hamid menjelaskan cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Shah Alam pula dibuka setiap hari kecuali hujung minggu dan cuti umum dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

"Jika Ramadan tahun lalu negara dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun tahun ini rutin LZS kembali seperti tahun sebelumnya dalam suasana norma baharu dengan mematuhi tatacara operasi piawai Majlis Keselamatan Negara.

"Justeru, bagi mereka yang ingin menunaikan zakat di cawangan berhampiran, jangan bimbang kerana kami sentiasa memastikan cawangan berkenaan disanitasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Ramadan dan Aidilfitri yang disempurnakan Timbalan Mufti Selangor Dato' Dr Anhar Opir di Dewan Serbaguna MPSJ Puchong hari ini.

Abdul Basith menambah pihaknya turut menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat tanpa tunai di saluran EZakatPay, perbankan internet, aplikasi e-dompet, portal MYEG dan pos online.

Difahamkan, empat cawangan lain iaitu di Sungai Buloh, Taman Keramat, Klang Sentral dan Cyberjaya tidak beroperasi sejak PKP tahun lalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.