ad
AGENDA

PKP: 208 individu ingkar SOP ditahan, sembilan direman

11 Apr 2021, 10:24 AM
PKP: 208 individu ingkar SOP ditahan, sembilan direman

SHAH ALAM, 11 APRIL: Seramai 208 individu ditahan atas kesalahan ingkar tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri kanan (keselematan) berkata daripada jumlah itu, 199 individu dikompaun manakala sembilan direman.

"Aktiviti pusat hiburan antara kesalahan ingkar SOP paling banyak iaitu 112 manakala kesalahan gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan adalah 27.

"Bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka ialah 16 dan lain-lain 53," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

Mengenai kawalan sempadan negara, Ismail Sabri berkata Op Bentang berjaya menangkap sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas tiga kenderaan darat.

"Dalam operasi itu juga pihak berkuasa turut mengesan 115 bot di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan. Seramai tujuh PATI turut diusir," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.