ad
AGENDA

Kerajaan Negeri siasat isu pajak ladang, tiada kompromi salah guna kuasa

9 Apr 2021, 3:28 AM
Kerajaan Negeri siasat isu pajak ladang, tiada kompromi salah guna kuasa

SHAH ALAM, 9 APRIL: Pejabat Tanah dan Galian Selangor membuat siasatan dalaman dan semakan terperinci berhubung isu pajakan tanah Ladang Tennamaram di Bestari Jaya.

Setiausaha politik Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri tidak sekali-kali berkompromi dengan sebarang elemen rasuah dan salah guna kuasa di semua peringkat.

"Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya dan tidak akan melindungi mana-mana pesalah demi menjunjung prinsip luhur reformasi.

"Kerajaan Negeri bersedia dan akan memberi kerjasama sebaiknya kepada pihak berkuasa," kata Juwairiya Zulkifli dalam kenyataan hari ini.

Rabu lalu, media melaporkan 100 peneroka Ladang Tennamaram mengadakan protes dan menuntut jawapan berhubung pajakan yang diberikan kepada dua syarikat swasta bagi menjalankan kerja-kerja di ladang tersebut.

Mereka mendakwa Kerajaan Negeri tidak mengadakan perbincangan dengan peneroka sebelum memberikan pajakan kawasan seluas 800 hektar yang dibuka dan diusahakan mereka sejak 40 tahun lalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.