ad
AGENSI

AMK Selangor cadang lebih ramai anak muda tanding PRU15

8 Apr 2021, 3:06 AM
AMK Selangor cadang lebih ramai anak muda tanding PRU15

SHAH ALAM, 8 APRIL: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor mencadangkan lebih ramai anak muda diberi peluang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya berkata ramai pemimpin muda di negeri ini berkebolehan serta layak dinamakan sebagai calon, sekali gus menjadi pelapis masa depan.

"KEADILAN tidak memandang rendah anak muda, contohnya saya diberi kepercayan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik pada PRU14 ketika usia 33 tahun.

"Malah Dato' Menteri Besar juga masih muda kerana baru mencecah usia 40 tahun," kata Najwan Halimi pada Majlis Perasmian Bilik Gerakan Utama KEADILAN di Seksyen 13 malam tadi.

Beliau turut mengingatkan ahli AMK kekal bersemangat meskipun kecewa dengan pengkhianatan segelintir pemimpin parti.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.