ad
AGENDA

Bekalan air di Gombak pulih sepenuhnya, KL capai 57 peratus

8 Apr 2021, 1:54 AM
Bekalan air di Gombak pulih sepenuhnya, KL capai 57 peratus
Bekalan air di Gombak pulih sepenuhnya, KL capai 57 peratus

SHAH ALAM, 8 APRIL: Bekalan air yang terjejas akibat kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates pulih sepenuhnya di wilayah Gombak.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata pemulihan di wilayah Kuala Lumpur pula mencapai 57 peratus.

"Sehingga jam 6 pagi, sejumlah 66 peratus bersamaan 38 daripada 58 kawasan mendapat bekalan air sepenuhnya yang mana para pengguna yang terjejas di Gombak pulih sepenuhnya.

"Manakala, sejumlah 20 kawasan di Kuala Lumpur masih belum pulih," katanya menerusi Facebook.

Air Selangor memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan maklumat senarai kawasan yang belum menerima bekalan air dengan merujuk pautan https://www.airselangor.com/status-terkini-pemulihan.../...

Sebelum ini, 58 kawasan membabitkan Gombak dan Kuala Lumpur dilaporkan mengalami gangguan air berjadual antara 48 hingga 68 jam bermula 6 April berikutan kerja penyelenggaraan beberapa aset utamanya tahun ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.