ad
AGENDA

Sultan rasmi kilang proses makanan berasas tumbuhan pertama di Asean

8 Apr 2021, 1:24 AM
Sultan rasmi kilang proses makanan berasas tumbuhan pertama di Asean

SHAH ALAM, 8 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat menyempurnakan perasmian pusat pengeluaran makanan berasaskan tumbuhan pertama di Asean.

Selangor Royal Office dalam kenyataan di Facebook berkata kemudahan milik Nestle Malaysia Berhad di Shah Alam itu juga merupakan dua kilang seumpamanya di Asia.

"Sejurus merasmikan pusat berkenan, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dibawa melawat ke kemudahan pengeluaran makanan berasaskan tumbuhan itu yang akan menghasilkan makanan berasaskan tumbuhan bukan hanya bagi memenuhi pasaran tempatan malah untuk dieksport," katanya.

Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Turut hadir Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Nestlé (Malaysia) Bhd Tan Sri Syed Anwar Jamalullail.

Semalam, Nestle membuka kilang pembuatan penyelesaian makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan pertamanya di Asean bagi memenuhi permintaan yang meningkat terhadap segmen makanan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Juan Aranols berkata Nestle melabur sebanyak RM150 juta untuk kemudahan di Kompleks Industri Shah Alam.

“Kilang pengeluaran di Shah Alam ini membolehkan kami membekalkan produk makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kualiti tinggi, lazat dan disahkan halal," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.