ad
AGENDA

Tangguh sistem KPI, bonus penjawat awam ikut kadar rata

7 Apr 2021, 10:25 AM
Tangguh sistem KPI, bonus penjawat awam ikut kadar rata

SHAH ALAM, 7 APRIL: Kerajaan Negeri terpaksa menangguh pemberian bonus berdasarkan indeks petunjuk prestasi utama (KPI) susulan penularan Covid-19.

Dato' Menteri Besar berkata kaedah kadar rata digunakan tahun ini bagi mengimbangi kewangan negeri dengan mengutamakan perkara lebih penting.

"Bayaran bonus mengikut kaedah ini dilaksana sehingga tarikh yang difikir sesuai untuk menggunakan semula sistem KPI.

"Matlamat KPI untuk menggalakkan penjawat awam bekerja lebih keras dan berusaha jika mahu mendapat lebih bonus," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 yang meraikan seramai 126 kakitangan di Dewan Jubli Perak di sini.

Pengiktirafan meliputi kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, perbendaharaan dan pejabat tanah dan galian, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor serta Majlis Sukan Negeri.

Pada hujung 2018, Amirudin mengumumkan bayaran bonus penjawat awam dijalankan mengikut sistem KPI. Imbuhan lebih dua bulan diberikan jika mencapai gred tertentu.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.