ad
ADN

ADN: Wanita digalak belajar pelbagai kemahiran, jana pendapatan

6 Apr 2021, 1:55 AM
ADN: Wanita digalak belajar pelbagai kemahiran, jana pendapatan

SHAH ALAM, 6 APRIL: Wanita digalak melengkapkan diri dengan menceburi pelbagai bidang kemahiran, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang.

Rozana Zainal Abidin berkata dengan kebolehan dimiliki akan dapat membantu mereka menambah pendapatan hanya daripada rumah.

"Saya menggalak wanita untuk sentiasa mengambil peluang lengkapkan diri dengan apa juga bentuk ilmu dan kemahiran.

"Sebagai contoh bengkel asas pembuatan sabun cuci pakaian ini adalah salah satu bidang yang dapat membantu menjimatkan perbelanjaan isi rumah di samping menjana pendapatan," katanya menerusi Facebook.

Ahad lalu, Rozana merasmikan bengkel tersebut anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) di Blok C Sawah Sempadan.

Pada masa sama, beliau juga memaklumkan berhubung Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) bertujuan membuka peluang kepada rakyat yang terkesan ketika pandemik Covid-19.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.