ad
AGENSI

Lebih 20,000 ahli Tawas terima bantuan masuk sekolah

5 Apr 2021, 12:28 PM
Lebih 20,000 ahli Tawas terima bantuan masuk sekolah

SHAH ALAM, 5 APRIL: Seramai 21,432 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) lahir pada 2014 mendapat manfaat menerusi program bantuan masuk sekolah tahun ini.

Unit Perhubungan Awam, Pengurusan Acara dan Multimedia Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) berkata bantuan meliputi beg sekolah, alat tulis, botol air, bekas makanan, cecair pembasmi kuman serta pelitup muka.

"Pemberian dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di 56 Dewan Undangan Negeri seluruh negeri sejak 1 November tahun lepas sehingga 31 Mac baru-baru ini.

"Bantuan hanya diberikan kepada mereka yang berdaftar dan memasuki darjah satu bagi sesi persekolahan tahun ini," kata Muhammad Khafiz Asari kepada SelangorKini.

Beliau berkata ibu bapa dan penjaga murid terbabit menghargai inisiatif Kerajaan Negeri yang mampu meringankan beban terutama dalam tempoh pandemik Covid-19.

"Maklum balas ibu bapa sangat memberangsangkan dan mereka berterima kasih kepada Kerajaan Selangor selain berharap inisiatif sama diteruskan serta ditambah baik pada masa depan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.