ad
AGENDA

44 terkorban, ramai hilang dalam banjir lumpur di Indonesia

4 Apr 2021, 1:38 PM
44 terkorban, ramai hilang dalam banjir lumpur di Indonesia

JAKARTA, 4 APRIL: Seramai 44 orang disahkan terkorban setakat ini dalam kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kabupaten Flores Timur di Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia dalam satu kenyataan, puluhan rumah di beberapa desa di kabupaten berkenaan, ditenggelami lumpur akibat banjir, selain ditimbusi tanah runtuh.

"Halangan di lapangan adalah akses satu-satunya (ke tempat kejadian) adalah menyeberang laut ke Pulau Adonara. Hujan, angin dan gelombang laut ketika ini menyebabkan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk ke lokasi kejadian," menurut kenyataan BNPB setakat 7 malam ini.

Hujan lebat sejak tiga hari lepas di kawasan berkenaan menyebabkan berlakunya banjir lumpur sejak awal pagi tadi, melibatkan beberapa desa dan penempatan penduduk.

Jumlah korban dikhuatiri meningkat berikutan masih ramai dilaporkan hilang dan tertimbus dalam runtuhan tanah dan timbunan banjir lumpur, menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.